Pengenalan


Etika kerja dalam Islam merupakan piawaian penilaian kepada budaya kerja manusia berasaskan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan dalam Islam sama ada betul atau salah, berakhlak atau sebaliknya.



 

Pengertian etika (Etimologi), berasal dari bahasa Yunani, iaitu ethos yang bererti watak kesusilaan atau adat kebiasaan (custom). Etika turut dikaitkan dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu mos dan dalam bentuk jamaknya mores.

Islam menuntut setiap manusia bekerja, berusaha mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarga. Di samping itu Islam juga menyatakan bahawa sesuatu “pekerjaan” yang baik ialah tugas yang diamanahkan kepada seseorang insan. Maka apabila seseorang itu menjalankan tugasnya ataupun bekerja, dengan sendirinya bererti, bahawa insan tersebut sedang menunaikan amanah Allah. Menurut Islam, setiap kerja yang diredhai oleh Allah dan disertai dengan niat adalah ibadat. Oleh demikian setiap insan hendaklah menyedari dan menghayati bahawa setiap lapangan pekerjaan yang dilakukannya itu sekiranya dimulai dengan niat, ia merupakan satu ibadat.


Di samping itu kita hendaklah juga mengetahui bahawa setiap tugas atau kerja yang diberi oleh Allah kepada seseorang itu adalah menurut kemampuan orang yang berkenaan seperti yang ternyata di dalam firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya”.
(Al-Baqarah: 286)

Ayat ini menegaskan bahawa tidak ada sebab bagi seseorang pekerja itu mengeluh dan mengatakan bahawa tugasnya terlalu berat dan sukar. Dengan sendirinya ayat ini menekankan bahawa seseorang pekerja itu boleh menyelesaikan segala tugas jawatannya melainkan pekerja itu sendiri tidak mahu menunaikan tanggungjawabnya

Etika Kerja Islam

Etika kerja Islam hampir sama dengan konsep akhlak. Namun, etika ini berbeza dengan konsep moral yang dibawa oleh Barat. Perbezaan yang paling ketara ialah segala dasar yang digariskan dalam etika kerja Islam telah ditetapkan dan ditentukan dalam al-Quran dan sunah.
Etika kerja Islam merupakan sesuatu bersifat tetap (mutlak) dan syumul serta seseorang itu dinilai melalui akhlaknya dan diukur dari sudut dosa dan pahala.


Berasaskan semuanya ini maka etika kerja dalam Islam adalah seperti :




1. Bekerja  Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Allah
                                                 

Dengan menyedari dan menghayati bahawa manusia adalah hamba Allah, maka sewajarnyalah setiap
manusia mengabdikan dirinya kepada Allah, dengan mengikuti segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya selaras dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia! Sembahlah Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa”. (Al-Baqarah : 21)

Selanjutnya, dikemukakan satu lagi firman Allah yang maksudnya adalah seperti berikut:

“Wahai orang-orang yang berilmu, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan
kepada orang yang berkuasa dari kalangan kamu.” (An-Nisaa’ : 59)
Ayat ini pula menyuruh kita taat bukan sahaja kepada Allah tetapi juga kepada Rasulullah S.A.W. dan kerajaan kerana kerajaan itulah yang dimaksudkan dengan ‘‘orang yang berkuasa dari kalangan kamu’’.

Bagi mentaati Allah dan Rasulullah S.A.W. maka setiap manusia hendaklah mempunyai kerja yang halal. Bagi mentaati kerajaan pula setiap pekerja awam hendaklah menjalankan tugasnya dengan sepenuh kesedaran bahawa jawatannya itu adalah amanah Allah kepadanya. Sekiranya ia tidak menunaikan tugasnya dengan sebaik-baiknya maka bererti pekerja tersebut telah pecah amanah kepada Allah.

Seterusnya seseorang pekerja hendaklah menyedari dan menghayati bahawa bekerja mencari nafkah yang dimulai dengan niat itu adalah ibadat. Bahkan Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

"Orang yang mencari penghidupan itu adalah kawan Tuhan". (Riwayat Al-Bukhari)

Dengan memahami maksud hadis ini dan menyedari bahawa bekerja itu bererti beribadat maka sewajarnyalah bagi setiap pekerja berusaha menunaikan tugasnya dengan sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat kelak.


2. Bekerja Dengan Ikhlas Dan Amanah


                                                     

Bekerja dengan ikhlas bererti bekerja dengan sepenuh kerelaan dan dengan suci hati untuk mencari keredhaan Allah. Setiap pekerja harus menyedari bahawa jawatan yang di pegangnya adalah hasil permohonannya sendiri dan buakanlah ia dipaksa memenuhi jawatan tersebut. Maka dengan sendirinya wajarlah seseorang pekerja itu menjalankan tugasnya dengan sepenuh kerelaan apalagi dengan kesedaran bahawa kerja yang dilaksanakan olehnya itu adalah suatu amal saleh dalam usahanya mengabdikan diri kepada Penciptanya di samping berusaha untuk menyara dirinya dan keluarganya yang dikasihi dan berkhidmat kepada masyarakat.

Seterusnya setiap insan mestilah bersyukur kepada Allah kerana rahmat-Nya kepada kita yang tidak terhitung banyak-nya dan satu daripadanya ialah yang kita sandangi ini. Kesyukuran kita seharusnya memuncak lagi sekiranya kita menginsafi bahawa banyak lagi manusia lain yang masih menganggur dan tidak dapat menyara keluarganya dengan sewajarnya. Kita juga hendaklah bersyukur kerana dengan jawatan atau kerja kita ini, kita dapat mengikut serta menyumbangkan tenaga di dalam usaha membangunkan negara kita yang tercinta. Moga-moga tercapailah cita-cita suci kita untuk membangunkan suatu negara yang direhdai Allah seperti firman-Nya:

“Negara yang makmur serta mendapat keampunan Tuhan” (Saba’: 15)


Sekiranya kita dapat menghayati dan mensyukuri segala rahmat Allah itu, insya Allah kita akan dapat menunaikan tugas kita dengan ikhlas. Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :


‘Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia’. (Riwayat AlQuda’)

Selain dari itu kita semua menyedari bahawa sesuatu kerja atau jawatan adalah hasil daripada perjanjian yang disetujui bersama di antara pekerja dengan majikan. Pekerja berjanji akan menunaikan tugasnya dan majikan pula berjanji akan membayar gaji yang tertentu setiap bulan. Oleh demikian sewajarnyalah kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan memenuhi perjanjian tersebut. Sekiranya seseorang pekerja itu tidak menunaikan tugasnya dengan sewajarnya tetapi sanggup menerima gajinya dengan sepenuhnya maka pekerja tersebut bolehlah dianggap sebagai seorang yang menipu dan telah memecahkan janjinya.Dengan sendirinya pekerja itu telah mengingkari perintah Allah kerana Allah telah berfirman dengan maksudnya :

“Wahai orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu”. (Al-Maidah : 1)

Hadith Rasulullah S.A.W. juga menegaskan dengan maksud:

“Sesiapa menipu, bukanlah ia dari golongan kami”. (Riwayat Muslim)

Pepatah melayu pula mengatakan :
“Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya”.
Pepatah ini membayangkan bahawa manusia yang menipu itu adalah lebih hina daripada kerbau.



3. Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap

Ketekunan adalah suatu sifat yang amat diperlukan oleh seseorang pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan masing-masing menjalankan tugas sekiranya mereka tekun, insya Allah.
Rasulullah S.A.W. bersabda dengan maksud:

“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. (Riwayat Al-Baihaqi)

Pepatah Melayu pula mengatakan : “Belakang parang pun kalaulah diasah, nescaya menjadi tajam”.
Pepatah ini menunjukkan bahawa dengan ketekunan, sesuatu kerja yang susah itu akan dapat diatasi insya Allah dan dengan sendirinya meningkatkan kecekapan seseorang pekerja itu. Apabila kita hendak menilai seseorang pekerja, ciri yang terpenting ialah kecekapannya. Mutu kecekapan seseorang itu akan terus meningkat jika pekerja itu sanggup belajar atau menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya terus menerus. Ajaran Islam ada menegaskan: “Tuntutan ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad”. Di dalam bidang sains dan teknologi khususnya, menuntut ilmu sepanjang hayat menjadi suatu perkara yang penting sekiranya kita tidak mahu ketinggalan zaman, kerana terlalu pesatnya perkembangan ilmu pengetahuan di dalam kedua-dua bidang itu.

Selain dari itu hadith Rasulullah S.A.W. menyatakan, berkaitan dengan pekerja dengan maksud seperti berikut:
“Apabila sesuatu urusan (pekerjaan) diberikan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah kehancuran.”
Hadith ini jelas menunjukkan akan peri pentingnya keahlian ataupun kecekapan seseorang pekerja menurut pandangan Islam. Sekiranya kecekapan seseorang pekerja itu meningkat maka dengan sendirinya hasil kerjanya juga turut meningkat.

4. Bekerja Dengan Semangat Bergotong-Royong Dan Berpadu Fikiran

                                                 

Di dalam perkhidmatan awam bahkan di dalam sebarang perkhidmatan, seseorang pekerja itu bertugas dengan suatu kumpulan pekerja yang tertentu. Dengan sendirinya untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang sesuatu kumpulan pekerja itu mestilah bekerjasama, bergotong-royong melaksanakan tugas masing-masing. Sikap bantu membantu di antara satu sama lain di antara pekerja, akan menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira. Suasana yang demikian pula akan meningkatkan hasil dan mutu perkhidmatan setiap pekerja. Firman Allah juga menegaskan dengan maksud:

“Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan… (Al-Ma’idah : 2)
Semangat bergotong-royong adalah suatu ciri kebudayaan negara ini yang semestinya dipupuk terus dan disuburkan semula. Bagai kata pepatah kita : “Bukit sama didaki, lurah sama dituruni”.

Di samping kita bergotong-royong menjalankan tugas, kita juga hendaklah menggalakkan perbincangan sesama sendiri, bertukar fikiran, untuk mengkaji masalah yang ada dan juga untuk menghadapi masalah yang mungkin timbul. Perbincangan seperti ini akan meningkatkan rasa kekitaan di antara pekerja dan dengan sendirinya pula meningkatkan rasa tanggungjawab bersama terhadap sebarang kegiatan kumpulan pekerja yang berkenaan.

                                           
                                                 
Rasa keenakan berpadu tenaga dan berpadu fikiran ini telah dinikmati oleh datuk nenek kita dahulu dan rasa indah itu telah diabadikan oleh mereka dengan pepatah:
“Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.
“Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”.

5. Bekerja Dengan Matlamat Kebahagiaan Manusia Sejagat
                                             

Islam adalah agama untuk manusia sejagat. Dengan itu ajaran Islam (berpunca daripada Al-Quran dan hadis) juga adalah untuk manusia seluruhnya. Maka etika kerja kelima ini adalah wajar, kerana maju mundurnya pembangunan negara Malaysia ini akan memberi kesan jua kepada negara lain di dunia. Namun demikian patut dikemukakan di sini firman Allah yang bermaksud :

‘Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)’. (Al-Baqarah : 256)

Juga firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan". (Al-Maidah : 8)
Ayat yang pertama di atas ini menjelaskan bahawa walaupun Islam itu ialah agama untuk semua manusia tetapi orang yang tidak menganuti Islam tidak boleh dipaksa untuk memeluk Islam. Ayat yang kedua pula melarang kita daripada berlaku tidak adil terhadap sesuatu kaum walaupun kita benci kepada kaum tersebut. Kedua-dua ayat tersebut memberi pengertian bahawa setiap pekerja hendaklah memberi layanan dan khidmat yang sama kepada semua orang tanpa mengira kaum ataupun agama orang yang berkaitan, menurut ajaran Islam.

Di samping itu, sewajarnya kita berusaha menurut ajaran hadith yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang tiada menyukar-nyukarkan pekerjaan dan yang jernih
mukannya dalam menghadapi manusia." 
                                                                                                                  (Riwayat Al-Baihaqi) 




Tanggungjawab Majikan dalam Etika Kerja Islam

Benarkah majikan yang mementingkan etika kerja menurut islam dapat melahirkan sebuah organisasi yang berjaya dan cemerlang ?




Ya,benar. Bukan sahaja dapat melahirkan sebuah organisasi yang berjaya dan cemerlang bahkan pula mendapat keberkatan  daripada Allah SWT.

Setiap pihak yang berorganisasi atau mempunyai hubungan dalam sesebuah organisasi pasti mempunyai tanggungjawab masing-masing. Ianya perlu dilaksanakan sebaik mungkin untuk melancarkan lagi proses kerja.

Dalam islam, tanggungjawab majikan amat penting dalam membentuk sebuah organisasi yang cemerlang. Majikan yang mementingkan etika kerja menurut islam dapat melahirkan sebuah organisasi  yang berjaya dan cemerlang.

Antara tanggungjawab majikan adalah :

1. Pemilihan Pekerja yang Berkelayakan




-Majikan perlu memilih pekerja yang benar-benar sesuai dan layak dengan tugas yang bakal diberikan kepadanya.
-Majikan perlu memilih pekeja yang terdiri daripada pekerja islam.
-Hal ini kerana, hanya pekerja islam yang dapat memahami dan boleh mempraktiskan segala kerja yang diamanahkan berdasarkan ajaran yang ditetapkan islam.


2. Pemberian ganjaran yang berpatutan




-Pekerja akan mendapat upah atau gaji bagi menyara diri dan keluarganya.
-Seseorang pekerja itu akan menjadi lemah semangat dan hilang motivasi untuk bekerja sekiranya mendapat upah atau gaji yang tidak berpadanan.
-Buku hakim mohamad said (1989) , ‘hubungan majikan-pekerja menurut islam’ mengatakan kesesuaian upah yang berpatutan biasanya berdasarkan keadaan pasaran semasa upah dan tanggungan kos sara hidup seorang pekerja.
-Perbuatan mengeksploitasi dan mengkhianati pekerja dengan membebaninya lebih daripada yang sepatutnya adalah bercanggah dengan prinsip dan etika islam.
-Mengikut hadis rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“majikan seharusnya membayar upah pekerjanya sebelum peluh di dahinya kering.”

                                                                                        (hadis riwayat ibn majah)

-Tuntasnya, pemberian upah atau gaji yang dijanjikan kepada pekerja tidak harus diambil lewa sahaja. Hubungan dengan majikan dengan pekerja ialah keadilan dan jalinan silaturahim yang kukuh supaya harmoni dalam sesebuah organisasi.

3. Menunaikan Hak kebajikan kepada pekerja

-Pengurusan organisasi menurut islam amat mementingkan terhadap konsep amanah kepada allah swt.
-Majikan juga tidak terlepas untuk menunaikan konsep amanah dalam melaksanakan pekerjaan contohnya majikan harus memberi ihsan, belas kasihan, bertimbang rasa, bertolak, ansur dan berperikemanusiaan terhadap pekerjanya, sama seperti pekerja.
-Abdul wahab arbain dalam ‘manual uis 304: pentadiran islam 1’ menitikberatkan kepentingan maslahah yang perlu dijaga dalam islam ialah agama, keselamatan,intelektual,kehormatan dan harta benda.
-Islam mementingkan kebajikan pekerja dan pihak majikan perlu menunaikan hak-hak tersebut tanpa sebarang prejudis dan kompromi spt kebajikan pekerja ataupun kesihatan.
-Seseorang majikan tidak boleh meletakkan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan terhadap pekerja.
-Tujuan kebajikan di dalam islam adalah untuk meringankan beban yang ditanggung dan mengurangkan tekanan psikologi pekerja dalam menghadapi masalah peribadi mereka.


4. Penurunan Autoriti dan Kuasa yang Wajar dalam Pengurusan Tugas





-Pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk diserahkan kepada pekerja. setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan kerja masing-masing.
-Dalam memberikan kerja, seorang pengurus mesti memberikan pekerja tersebut autoriti & had kuasa bagi membolehkan beliau menjalankan tugas dengan cekap & berkesan.


5. Pengawasan dan Kawalan kerja




-Prinsip ini memberikan hak kepada pengurus untuk mengawal prestasi  & kelakuan pekerja semasa mereka bekerja.
-Pekerja yang malas akan mengambil kesempatan melakukan kerja yang tidak berfaedah kepada organisasi sekiranya tidak diawasi seperti melayari internet, tidak produktif atau sengaja melengah-lengahkan kerja.

Klik pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan tanggungjawab majikan dalam etika kerja islam :

http://pdipsas.blogspot.my/2016/12/tanggungjawab-majikan.html

https://prezi.com/f3fmqun4sluu/tanggungjawab-majikan/

Tanggungjawab Pekerja dalam Etika Kerja Islam


KERJA               : Usaha yang bertujuan menghasikan atau menyediakan sesuatu.

PEKERJAAN    : Sesuatu yang dilakukan dengan cara berterusan kerana mencari nafkah.
Perkara wajib keatas setiap orang yang mempunyai tanggungjawab dalam keluarga ataupun dirinya sendiri.




Antara tanggungjawab pekerja adalah;


1.Amanah



-Seorang pekerja perlu mempunyai sikap amanah dalam setiap pekerjaanya sama ada melibatkan           urusan peribadi (melaksanakan tanggungjawab kepada Allah) atau urusan kemasyarakatan.
-Amanah merupakan suatu perkara yang tidak boleh dikhianati sama sekali.

2. Ikhlas
-Pekerjaan yang dijalankan perlu diiringi dengan niat yang baik & ikhlas kerana Allah.
-Niat yang baik bermaksud niat untuk menyara diri, keluarga, memberi manfaat kepada masyarakat dan lain-lain

 3. Cekap dalam melaksanakan tugas
-Pekerja yang baik mampu mempamerkan kerjanya dengan sempurna dan sentiasa membaiki mutu kerjayanya dari semasa ke semasa sesuai dengn perkembangan & tuntutan semasa.

4. Produktiviti
-Pembangunan sesebuah negara bergantung pada tenagevpekerjanya yang mahir, bersungguh-sungguh, produktif & berkaliber.
-Setiap organisasi yang dibina harus mempunyai hubungan yang erat antara pekerja dan majikan.

5. Berakhlak Mulia
-Kemahiran tidak juga memberi sebarang erti jika pekerja itu tidak memiliki akhlak yang mulia kerana pada bila-bila masa sahaja, dia boleh menjadi pemusnah terhadap sesuatu (organisasi) yang dibagunkan


Berikut merupakan renungan untuk para pekerja :




https://www.youtube.com/watch?v=OYEA0wp40B0

Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan

- Komunikasi amat penting dalam kehidupan manusia kerana komunikasi merupakan satu proses yang membolehkan pihak-pihak terlibat saling memahami antara satu sama lain.
- Kajian menunjukkan bahawa antara aktiviti utama dalam organisasi ialah berlakunya proses komunikasi.
- Sebagai makhluk sosial, seseorang individu perlu berhubung dengan berinteraksi dengan individu yang lain.
- Hubungan baik yang terjalin dalam masyarakat memerlukan komunikasi sebagai nadi yang penting dalam kehidupan dan organisasi.
- Komunikasi seharusnya dikendalikan dengan cekap, adil serta difahami dengan jelas oleh seseorang pengurus atau penyelia agar ianya menjadi lebih efektif dalam sesebuah organisasi kerja.

Definisi Komunikasi
- Komunikasi merupakan seni interaksi antara satu sama lain dalam sesebuah masyrakat.
- Menurut kamus dewan (2005), komunikasi ialah perhubungan secara langsung. Dari sudut bahasa, komunikasi berasal daripada perkaraan ‘communicare’ yang bermaksud penyertaan atau turut serta, atau perkataan ‘communis’ yang bererti milik bersama (Jaafar Muhammad, 1997).
- Komunikasi juga boleh didefinasikan sebagai gaya, kaedah dan strategi komunikasi yang digunakan oleh pemimpin dalam organisasi (Mohd Yusof Hussain, 1990).

Mekanisme dalam Komunikasi

- Menurut Ab. Mumin (2006), terdapat berbagai-bagai pendekatan yang boleh dimanfaatkan oleh pemimpin dalam menjayakan komunikasi yang baik.
- Pemimpin boleh menggunakan secara lisan, mahupun bukan lisan melalui tingkah laku dan perbuatan.
- Pemimpin juga perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik supaya dapat mewujudkan suasana mesra dan keinginan untuk saling bekerjasama dalam kalangan anggota organisasi.
- Secara umumnya, komunikasi boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu komunikasi lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan(non-verbal).

Komunikasi Lisan (Verbal)





- Komunikasi lisan (verbal) merupakan teknik asas yang sangat berkesan dan dapat memberikan impak yang sangat besar kepada pemimpin dan orang yang dipimpin.
- Rasulullah saw telah menyampaikan risalah Allah kepada seluruh alam secara lisan.

Contoh-Contoh Komunikasi Lisan (Verbal)

1.    Kemahiran Mendengar
Ø  Menurut Stephen J. Carol (1977), kemahiran ini sangat penting di tempat kerja kerana telah terbukti bahawa sebanyak 53 peratus masa komunikasi diperuntukkan untuk mendengar berbanding dengan 17 peratus membaca, 16 peratus untuk bercakap, dan 14 peratus untuk menulis.
Ø  Komunikasi dalam organisan akan bertambah baik sekiranya kemahiran mendengar dipraktiskan dengan sebaik mungkin antara majikan dan para pekerja.
Ø  Majikan yang cemerlang ialah seorang sentiasa menghendaki dan mempunyai kemahiran mendengar terhadap apa-apa sahaja yang ingin diperkatakan oleh pekerjanya.

2.    Kemahiran Berbicara Dan Berbahasa.
Ø  Dalam komunikasi seharian di tempat kerja , Ab.  Mukmin (2006) berpendapat bahawa majikan dan pekerja perlulah menguasai selok belok berbicara kerana penguasaan yang baik dapat menimbulkan pengaruh dan pemahaman terhadap isu yang hendak dibincangkan.
Ø  Antara contoh kemahiran berbicara dan berbahasa yang boleh diamalkan di tempat kerja ialah:      i. Menggunakan bahasa yang mudah difahami.
ii. Isi bicara hendaklah benar.
iii. Nada suara yang terkawal dan sesuai.
iv. Berhujah secara waras.
v. Meninggalkan celaan dan umpatan.

Komunikasi Bukan Lisan  (Non-Verbal)

                                      



- Komunikasi bukan lisan ialah komunikasi yang menggunakan pesan-pesan bukan lisan.

- Istilah non-verbal biasanya digunakan untuk melukiskan semua peristiwa komunikasi tanpa pengucapan dan tertulis.
- Secara teorinya, komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan ialah dua cabang komunikasi yang berlainan dan mempunyai perbezaan .
- Kedua jenis komunikasi ini adalah berkaitan antara satu sama lain dan menjadi pelengkap kepada komunikasi yang dilakukan sehari-hari.


Contoh-Contoh Komunikasi Bukan Lisan.


1.    Contoh Tauladan Yang Baik.

Ø  Asas penting yang boleh dijadikan landasan bagi teladan yang baik ialah akhlak yang baik dan tindakan yang selari dengan kata-kata.
Ø  Konsep akhlak dan kepimpinan dalam islam merupakan konsep terpenting dalam pembinaan individu dan masyarakat yang sempurna dengan sifat-sifat dan perwatakan manusia yang baik dan unggul.
Ø  Dalam hal ini keterbukaan sifat pemimpin, sanggup menerima kritikan dan kesediaan berubah praktik negative yang diamalkan dalam organisasi dapat melambang teladan yang baik dan boleh dicontohi.
Ø  Begitu juga dengan golongan yang dipimpin. Mereka perlu sentiasa nersifat terbuka dan menerima teguran yang memberikan impak positif dalam organisasi.

2.    Penampilan Diri, Personaliti Dan Bahasa Badan.

Ø  Penampilan diri dan personaliti seseorang melambangkan sikap, perwatakan dan peribadi yang sebenar.
Ø  Contohnya pakaian tyang dipakai boleh memberikan imej sama ada pemakaiannya bersikap teliti,peramah, berfikiran mantap, berdisiplin atau sebaliknya.
Ø  Selain itu juga, ia dapat dilihat dari aspek perilaku, kesopanan dan kehalusan budi pekerti, penyesuaian diri dengan masa tempat dan sebagainya.

3.    Pendekatan Psikologi.

Ø  Psikologi ialah kajian terhadap roh dan jiwa manusia yang selalunya merujuk kajian tentang tingkah laku.
Ø  Komunikasi ini berkait rapat kepada pemimpin.
Ø  Pendekatan ini amat penting dalam proses komunikasi pemimpin bagi memahami jiwa seseorang.



Etika Komunikasi dalam Islam

Bagi pengurus dan pekerja Muslim, Islam telah menggariskan panduan tersendiri yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh mereka.

Berikut ialah panduan yang menjadi etika komunikasi dalam Islam:




💮 Mulakan dengan salam
Apabila seseorang Islam bertemu dengan orang lain, beliau mesti memulakan komunikasi dengan  salam, begitu juga pengurus dengan pekerja Islam yang lain.
Tuntukan salam ini telah diperjelaskan oleh Nabi Muhammad SAW didalam hadis yang bermaksud: 

             "Ucapkanlah salam sebelum kamu bercakap."         
                                                                                                                 (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

💮 Bercakap benar
Seseorang pengurus perlu bercakap benar dan jujur apabila memberitahu pekerja tentang sesuatu perkara berkaitan dengan organisasi.
Mana-mana maklumat yang tidak boleh diberitahu perlu dimaklumkan kepada pekerja.

             "Sesungguhnya bercakap benar itu membawa kepada syurga. Dan seseorang yang membiasakan diri bercakap dan berkelakuan benar hinggalah tercatat disisi Allah seorang yang sidik. Dan dusta itu membawa kepada kecurangan. Kecurangan menuju ke neraka. Dan seorang yang selalu berdusta hinggalah tercatat di sisi Allah sebagai pendusta."
                                                                                             (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

💮 Elakkan daripada menjatuhkan air muka seseorang
Apabila bercakap, seseorang itu tidak boleh menjatuhkan air muka pendengar.
Seperti pengurus mendedahkan kelemahan peribadi seorang pekerja di khalayak ramai.

💮 Jangan menggunakan bahasa kasar dan lucahi
Seorang Islam apabila bercakap, tidak boleh menggunakan bahasa kasar dan lucah yang boleh menyinggung pendengar.
Seseorang Islam juga tidak boleh memanggil nama pendengar dengan nama yang tidak disukainya.
💮 Hormati pendengar
Seseorang Islam perlu menghormati pendengar apabila bercakap seperti tidak meninggikan suara, bercakap dengan bahasa yang sopan dan beradab apabila bercakap di dalam majlis.


Berikut merupakan video berkenaan Adab bercakap.






Rumusan


Etika Kerja Islam menekankan aspek pembangunan sumber tenaga (manusia) yang meliputi jasmani (jasad), spiritual (roh) dan intelektual (akal). Ketiga-tiga unsur ini perlu dibangunkan serentak dan bersepadu.

Kesimpulannya, Etika Kerja dalam Islam adalah demi kepentingan organisasi sehingga terbentuk sebuah kesetiaan sehingga membuat seseorang dapat bertahan untuk memelihara keanggotaannya dalam sesuatu organisasi.

Sistem ganjaran yang adil dan berdaya saing juga penting kepada pekerja dalam kumpulan bukan pengurusan. Faktor integrasi sosial dan persekitaran tempat kerja walaupun mempunyai hubungan tidak signifikan dengan kesetiaan, namun faktor ini boleh dikekalkan untuk menambahkan suasana persekitaran organisasi yang harmoni.

Komunikasi dalam organisasi banyak berkaitan dengan pengurus serta orang bawahannya serta pihak luar boleh dijalankan dengan baik serta perancangan yang rapi melalui komunikasi lisan atau bukan lisan.

Menurut kaca mata Islam, komunikasi perlu bersendikan keimanan dan ketakwaan terhadap Allah SWT serta tidak mengetepikan kepentingan hak-hak nilai kemanusiaan yang patut dijaga dalam berkomunikasi,.


Selamat menonton