Berikut ialah panduan yang menjadi etika komunikasi dalam Islam:
💮 Mulakan dengan salam
Apabila seseorang Islam bertemu dengan orang lain, beliau mesti memulakan komunikasi dengan salam, begitu juga pengurus dengan pekerja Islam yang lain.
Tuntukan salam ini telah diperjelaskan oleh Nabi Muhammad SAW didalam hadis yang bermaksud:
"Ucapkanlah salam sebelum kamu bercakap."
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
💮 Bercakap benar
Seseorang pengurus perlu bercakap benar dan jujur apabila memberitahu pekerja tentang sesuatu perkara berkaitan dengan organisasi.
Mana-mana maklumat yang tidak boleh diberitahu perlu dimaklumkan kepada pekerja.
"Sesungguhnya bercakap benar itu membawa kepada syurga. Dan seseorang yang membiasakan diri bercakap dan berkelakuan benar hinggalah tercatat disisi Allah seorang yang sidik. Dan dusta itu membawa kepada kecurangan. Kecurangan menuju ke neraka. Dan seorang yang selalu berdusta hinggalah tercatat di sisi Allah sebagai pendusta."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
💮 Elakkan daripada menjatuhkan air muka seseorang
Apabila bercakap, seseorang itu tidak boleh menjatuhkan air muka pendengar.
Seperti pengurus mendedahkan kelemahan peribadi seorang pekerja di khalayak ramai.
💮 Jangan menggunakan bahasa kasar dan lucahi
Seorang Islam apabila bercakap, tidak boleh menggunakan bahasa kasar dan lucah yang boleh menyinggung pendengar.
Seseorang Islam juga tidak boleh memanggil nama pendengar dengan nama yang tidak disukainya.
💮 Hormati pendengar
Seseorang Islam perlu menghormati pendengar apabila bercakap seperti tidak meninggikan suara, bercakap dengan bahasa yang sopan dan beradab apabila bercakap di dalam majlis.
Berikut merupakan video berkenaan Adab bercakap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan