Etika kerja dalam Islam merupakan piawaian penilaian kepada budaya kerja manusia berasaskan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan dalam Islam sama ada betul atau salah, berakhlak atau sebaliknya.
Pengertian etika (Etimologi), berasal dari bahasa Yunani, iaitu ethos yang bererti watak kesusilaan atau adat kebiasaan (custom). Etika turut dikaitkan dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu mos dan dalam bentuk jamaknya mores.
Islam menuntut setiap manusia bekerja, berusaha mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarga. Di samping itu Islam juga menyatakan bahawa sesuatu “pekerjaan” yang baik ialah tugas yang diamanahkan kepada seseorang insan. Maka apabila seseorang itu menjalankan tugasnya ataupun bekerja, dengan sendirinya bererti, bahawa insan tersebut sedang menunaikan amanah Allah. Menurut Islam, setiap kerja yang diredhai oleh Allah dan disertai dengan niat adalah ibadat. Oleh demikian setiap insan hendaklah menyedari dan menghayati bahawa setiap lapangan pekerjaan yang dilakukannya itu sekiranya dimulai dengan niat, ia merupakan satu ibadat.
Di samping itu kita hendaklah juga mengetahui bahawa setiap tugas atau kerja yang diberi oleh Allah kepada seseorang itu adalah menurut kemampuan orang yang berkenaan seperti yang ternyata di dalam firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya”.
(Al-Baqarah: 286)
Ayat ini menegaskan bahawa tidak ada sebab bagi seseorang pekerja itu mengeluh dan mengatakan bahawa tugasnya terlalu berat dan sukar. Dengan sendirinya ayat ini menekankan bahawa seseorang pekerja itu boleh menyelesaikan segala tugas jawatannya melainkan pekerja itu sendiri tidak mahu menunaikan tanggungjawabnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan