- Komunikasi amat penting dalam kehidupan manusia kerana komunikasi merupakan satu proses yang membolehkan pihak-pihak terlibat saling memahami antara satu sama lain.
- Kajian menunjukkan bahawa antara aktiviti utama dalam organisasi ialah berlakunya proses komunikasi.
- Sebagai makhluk sosial, seseorang individu perlu berhubung dengan berinteraksi dengan individu yang lain.
- Hubungan baik yang terjalin dalam masyarakat memerlukan komunikasi sebagai nadi yang penting dalam kehidupan dan organisasi.
- Komunikasi seharusnya dikendalikan dengan cekap, adil serta difahami dengan jelas oleh seseorang pengurus atau penyelia agar ianya menjadi lebih efektif dalam sesebuah organisasi kerja.
Definisi Komunikasi
- Komunikasi merupakan seni interaksi antara satu sama lain dalam sesebuah masyrakat.
- Menurut kamus dewan (2005), komunikasi ialah perhubungan secara langsung. Dari sudut bahasa, komunikasi berasal daripada perkaraan ‘communicare’ yang bermaksud penyertaan atau turut serta, atau perkataan ‘communis’ yang bererti milik bersama (Jaafar Muhammad, 1997).
- Komunikasi juga boleh didefinasikan sebagai gaya, kaedah dan strategi komunikasi yang digunakan oleh pemimpin dalam organisasi (Mohd Yusof Hussain, 1990).
Mekanisme dalam Komunikasi
- Menurut Ab. Mumin (2006), terdapat berbagai-bagai pendekatan yang boleh dimanfaatkan oleh pemimpin dalam menjayakan komunikasi yang baik.
- Pemimpin boleh menggunakan secara lisan, mahupun bukan lisan melalui tingkah laku dan perbuatan.
- Pemimpin juga perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik supaya dapat mewujudkan suasana mesra dan keinginan untuk saling bekerjasama dalam kalangan anggota organisasi.
- Secara umumnya, komunikasi boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu komunikasi lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan(non-verbal).
Komunikasi Lisan (Verbal)
- Komunikasi lisan (verbal) merupakan teknik asas yang sangat berkesan dan dapat memberikan impak yang sangat besar kepada pemimpin dan orang yang dipimpin.
- Rasulullah saw telah menyampaikan risalah Allah kepada seluruh alam secara lisan.
Contoh-Contoh Komunikasi Lisan (Verbal)
1. Kemahiran Mendengar
Ø Menurut Stephen J. Carol (1977), kemahiran ini sangat penting di tempat kerja kerana telah terbukti bahawa sebanyak 53 peratus masa komunikasi diperuntukkan untuk mendengar berbanding dengan 17 peratus membaca, 16 peratus untuk bercakap, dan 14 peratus untuk menulis.
Ø Komunikasi dalam organisan akan bertambah baik sekiranya kemahiran mendengar dipraktiskan dengan sebaik mungkin antara majikan dan para pekerja.
Ø Majikan yang cemerlang ialah seorang sentiasa menghendaki dan mempunyai kemahiran mendengar terhadap apa-apa sahaja yang ingin diperkatakan oleh pekerjanya.
2. Kemahiran Berbicara Dan Berbahasa.
Ø Dalam komunikasi seharian di tempat kerja , Ab. Mukmin (2006) berpendapat bahawa majikan dan pekerja perlulah menguasai selok belok berbicara kerana penguasaan yang baik dapat menimbulkan pengaruh dan pemahaman terhadap isu yang hendak dibincangkan.
Ø Antara contoh kemahiran berbicara dan berbahasa yang boleh diamalkan di tempat kerja ialah: i. Menggunakan bahasa yang mudah difahami.
ii. Isi bicara hendaklah benar.
iii. Nada suara yang terkawal dan sesuai.
iv. Berhujah secara waras.
v. Meninggalkan celaan dan umpatan.
Komunikasi Bukan Lisan (Non-Verbal)
- Komunikasi bukan lisan ialah komunikasi yang menggunakan pesan-pesan bukan lisan.
- Istilah non-verbal biasanya digunakan untuk melukiskan semua peristiwa komunikasi tanpa pengucapan dan tertulis.
- Secara teorinya, komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan ialah dua cabang komunikasi yang berlainan dan mempunyai perbezaan .
- Kedua jenis komunikasi ini adalah berkaitan antara satu sama lain dan menjadi pelengkap kepada komunikasi yang dilakukan sehari-hari.
Contoh-Contoh Komunikasi Bukan Lisan.
1. Contoh Tauladan Yang Baik.
Ø Asas penting yang boleh dijadikan landasan bagi teladan yang baik ialah akhlak yang baik dan tindakan yang selari dengan kata-kata.
Ø Konsep akhlak dan kepimpinan dalam islam merupakan konsep terpenting dalam pembinaan individu dan masyarakat yang sempurna dengan sifat-sifat dan perwatakan manusia yang baik dan unggul.
Ø Dalam hal ini keterbukaan sifat pemimpin, sanggup menerima kritikan dan kesediaan berubah praktik negative yang diamalkan dalam organisasi dapat melambang teladan yang baik dan boleh dicontohi.
Ø Begitu juga dengan golongan yang dipimpin. Mereka perlu sentiasa nersifat terbuka dan menerima teguran yang memberikan impak positif dalam organisasi.
2. Penampilan Diri, Personaliti Dan Bahasa Badan.
Ø Penampilan diri dan personaliti seseorang melambangkan sikap, perwatakan dan peribadi yang sebenar.
Ø Contohnya pakaian tyang dipakai boleh memberikan imej sama ada pemakaiannya bersikap teliti,peramah, berfikiran mantap, berdisiplin atau sebaliknya.
Ø Selain itu juga, ia dapat dilihat dari aspek perilaku, kesopanan dan kehalusan budi pekerti, penyesuaian diri dengan masa tempat dan sebagainya.
3. Pendekatan Psikologi.
Ø Psikologi ialah kajian terhadap roh dan jiwa manusia yang selalunya merujuk kajian tentang tingkah laku.
Ø Komunikasi ini berkait rapat kepada pemimpin.
Ø Pendekatan ini amat penting dalam proses komunikasi pemimpin bagi memahami jiwa seseorang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan