Ya,benar. Bukan sahaja dapat melahirkan sebuah organisasi yang berjaya dan cemerlang bahkan pula mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Setiap pihak yang berorganisasi atau mempunyai hubungan dalam sesebuah organisasi pasti mempunyai tanggungjawab masing-masing. Ianya perlu dilaksanakan sebaik mungkin untuk melancarkan lagi proses kerja.
Dalam islam, tanggungjawab majikan amat penting dalam membentuk sebuah organisasi yang cemerlang. Majikan yang mementingkan etika kerja menurut islam dapat melahirkan sebuah organisasi yang berjaya dan cemerlang.
Antara tanggungjawab majikan adalah :
1. Pemilihan Pekerja yang Berkelayakan
-Majikan perlu memilih pekerja yang benar-benar sesuai dan layak dengan tugas yang bakal diberikan kepadanya.
-Majikan perlu memilih pekeja yang terdiri daripada pekerja islam.
-Hal ini kerana, hanya pekerja islam yang dapat memahami dan boleh mempraktiskan segala kerja yang diamanahkan berdasarkan ajaran yang ditetapkan islam.
2. Pemberian ganjaran yang berpatutan
-Pekerja akan mendapat upah atau gaji bagi menyara diri dan keluarganya.
-Seseorang pekerja itu akan menjadi lemah semangat dan hilang motivasi untuk bekerja sekiranya mendapat upah atau gaji yang tidak berpadanan.
-Buku hakim mohamad said (1989) , ‘hubungan majikan-pekerja menurut islam’ mengatakan kesesuaian upah yang berpatutan biasanya berdasarkan keadaan pasaran semasa upah dan tanggungan kos sara hidup seorang pekerja.
-Perbuatan mengeksploitasi dan mengkhianati pekerja dengan membebaninya lebih daripada yang sepatutnya adalah bercanggah dengan prinsip dan etika islam.
-Mengikut hadis rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“majikan seharusnya membayar upah pekerjanya sebelum peluh di dahinya kering.”
(hadis riwayat ibn majah)
-Tuntasnya, pemberian upah atau gaji yang dijanjikan kepada pekerja tidak harus diambil lewa sahaja. Hubungan dengan majikan dengan pekerja ialah keadilan dan jalinan silaturahim yang kukuh supaya harmoni dalam sesebuah organisasi.
3. Menunaikan Hak kebajikan kepada pekerja
-Pengurusan organisasi menurut islam amat mementingkan terhadap konsep amanah kepada allah swt.
-Majikan juga tidak terlepas untuk menunaikan konsep amanah dalam melaksanakan pekerjaan contohnya majikan harus memberi ihsan, belas kasihan, bertimbang rasa, bertolak, ansur dan berperikemanusiaan terhadap pekerjanya, sama seperti pekerja.
-Abdul wahab arbain dalam ‘manual uis 304: pentadiran islam 1’ menitikberatkan kepentingan maslahah yang perlu dijaga dalam islam ialah agama, keselamatan,intelektual,kehormatan dan harta benda.
-Islam mementingkan kebajikan pekerja dan pihak majikan perlu menunaikan hak-hak tersebut tanpa sebarang prejudis dan kompromi spt kebajikan pekerja ataupun kesihatan.
-Seseorang majikan tidak boleh meletakkan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan terhadap pekerja.
-Tujuan kebajikan di dalam islam adalah untuk meringankan beban yang ditanggung dan mengurangkan tekanan psikologi pekerja dalam menghadapi masalah peribadi mereka.
4. Penurunan Autoriti dan Kuasa yang Wajar dalam Pengurusan Tugas
-Pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk diserahkan kepada pekerja. setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan kerja masing-masing.
-Dalam memberikan kerja, seorang pengurus mesti memberikan pekerja tersebut autoriti & had kuasa bagi membolehkan beliau menjalankan tugas dengan cekap & berkesan.
5. Pengawasan dan Kawalan kerja
-Prinsip ini memberikan hak kepada pengurus untuk mengawal prestasi & kelakuan pekerja semasa mereka bekerja.
-Pekerja yang malas akan mengambil kesempatan melakukan kerja yang tidak berfaedah kepada organisasi sekiranya tidak diawasi seperti melayari internet, tidak produktif atau sengaja melengah-lengahkan kerja.
Klik pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan tanggungjawab majikan dalam etika kerja islam :
http://pdipsas.blogspot.my/2016/12/tanggungjawab-majikan.html
https://prezi.com/f3fmqun4sluu/tanggungjawab-majikan/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan